Monday, November 16, 2009

Ahlan wa Sahlan


segala puji Rabbul Izzati

selawat dan salam junjungan Nabi

rahmat di pohon agar diberkati

dalam usaha mencari redha Ilahi


ahlan wa sahlan kalam dimulakan

pada pengunjung dihormati sekalian

atas kunjungan moga dapat keberkatan

ilmu diamal itu diimpikan


wacana minda kelompok usrah muda

dalam menelusuri tatacara beragama

pencarian hak untuk dikongsi bersama

sepanjang perjalanan daulah dibina


pintu perdebatan jangan dibuka

kerana akibatnya amal tiada

lapangkan dada murnikan jiwa

hancurlah batil bila HAK menjelma




1 comments:

abuammar on November 19, 2009 at 4:05 PM said...

Semoga usaha ini dapat keredhoanNya..

 

Blogroll

usrah ansar Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template