Wednesday, December 30, 2009

Apa salahnya berdoa senja hujung tahun?

Oleh Subky Latif,


SEJAK mazhab Syafie tiba ke Malaysia sebelum kedatangan penjajah Portugis pengikutnya beramal, berdoa setiap senja hujung tahun hijrah, mohon bertaubat dan diampun segala dosa sebelumnya atau sepanjang tahun yang lalu.

Selepas saja selesai solat Maghrib yang pertama di awal tahun baru hijrah itu mereka berdoa pula mohon keampunan dan sejahtera kehidupan tahun baru itu.

Berdoa itu memang disuruh tetapi para serjana Islam mutaakhir ini menyebut tiada nas dari Al-Quran dan Sunnah menetapkan doa hujung tahun itu dibuat senja menjelang berakhirnya tahun itu.

Berdoa itu dibenarkan tetapi tidak semesti senja, bila-bila masa saja pada hari terakhir boleh berdoa baik pagi mahu pun petang.

Pandangan baru itu tidak melarang berdoa sebelum masuk Maghrib hari terakhir tetapi jangan ditetap itu saja masanya.

Kalau ia ditetap, ditakuti jadi lain pula hukumnya. Elok doa itu ibadat, takut tidak jadi ibadat lagi. Malah boleh berdosa pula.

Tetapi berdoa senja itu menjadi amalan orang mazhab Syafie di Nusantara. Siapa yang memulakannya? Dan ia tidak ditakwil pula oleh alim ulama sejak sebelum kedatangan Peringgi lagi.

Tentunya ia tidak dicetus oleh orang jahil termasuk pujangga dan para filosof. Tentunya ia disarankan oleh ulama dan sepakat pula ulama hingga ke awal tahun 1900 tidak mentakwil. Sepakat mereka dari semasa ke semasa berdoa sebelum masuk Maghrib.

Adakah mereka tidak tahu tiada nas yang menetapkan begitu? Takkanlah tertutup terus fikiran mereka hingga tiada yang terfikir tiada nas yang menentukan begitu tetapi mereka terus beramal begitu.

Sekarang ia ditakwil. Tetapi tidakkah terfikir para sarjana sekarang untuk menyelidik bagaimana adanya dan mulanya kesepakatan pengikut mazhab Syafie Nusantara beramal begitu?

Kebanyakan ulama besar silam dari Nusantara datang dari dua wilayah iaitu Pattani dan Negeri Banjar. Masyhur hingga ke Mekah sejak dulu lagi. Antara mereka Mekah itu seperti rumah kedua. Bagitu berinteraksi mereka dengan sekalian ulama yang datang bernaung di Mekah.

Hingga sumber hukum bagi ulama Tanah Melayu terletak atas empat asas iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak ulama dan qias.

Tidak bolehkah kita bersangka baik terhadap ulama tua dulu bahawa mereka juga sedar akan tiadanya nas al-Quran dan Sunnah mengenainya? Tetapi tidakkah mereka sudah ijmak tentang doa hujung tahun itu dan masa terbaiknya ialah senja menjelang waktu tertutupnya tahun baru itu?

Bila tiada yang takwil, tidakkah ia tetap dengan kehendak ijmak ulama? Dan apakah sepanjang lima kurun Islam berada di Nusantara, ulamanya tidak mampu berijtihad dan berfatwa? Adakah agaknya ulama silam itu tidak teliti dan tidak berpegang kepada ilmu seperti yang dikehendaki oleh Islam?

Tidak mungkinkah mereka mendirikan pondok-pondok di seluruh alam Melayu termasuk Di Filipina ssebelum kedatangan Sepanyol empat ratus tahun dulu berqias bahawa waktu terbaik berdoa di hujung tahun itu ialah sejurus sebelum tenggelamnya matahari hari terakhir itu?

Kalau sehari suntuk berpuasa itu sejak terbit fajar hingga terbenam matahari. Tidak sempurna puasa juka berbuka sesaat matahari terbenam. Sehingga masuk matahari barulah dikira sehari puasa.

Maka menabahkah diqiaskan genap setahun itu bermula dari masuk Maghrib pertama tahun itu hinggalah masuk Maghrib terakhir di hujung tahun.

Soal bila waktu yang terabik doa itu makbul di hari terakhir itu tidak timbul. Pagikah? Tengash harikah? Atau senjakah?

Yang pentingnya berdoa.

Kita boleh berdoa pagi. Tetapi boleh diqiaskan tahun itu belum penuh dan ada beberapa jam lagi sebelum berakhir. Begitu juga tengah hari, ada enam jam lagi atau waktu Asar ada dua atau tidak jam lagi.

Waktu beberapa jam itu berkemungkin ada lagi tambahan dosa. Satu atau dua jam pun dosa juga. Dan apabila doa itu dibuat pada minit-minit terakhir, maka genap setahun kita bersyukur atas segala nikmat yang diberi, kita bersyukur hingga ke saat yang terakhir dan kita mohon taubat dan minta ampun segala dosa hingga ke minit yang terakhir.

Bukanlah kita tidak berdoa langsung minta keampunan di sebelah pagi dan tengah hari. Kita berdoa juga, tetapi sampai habis tahun kita berdoa juga.

Walaupun apabila masuk saja tahun baru kita mohon taufik, hidayat, syufaat, keampunan dan kesejahteraan untuk sepanjang tahun, tetapi tidaklah memadai dengan sekali berdoa di awal tahun itu kita tidak berdoa lagi. Hingga ke hujung tahun kita tidak puas-puas mahu berdoa lagi.

Bukan Allah tidak faham kita sudah berdoa sebaik saja masuk tahun baru, tetapi Allah suka berdoa lagi dan lagi sehingga habis tahun dan disambung semula di tahun yang akan datang.

Mungkin kita tidak tahu sejarah dan latar belakang doa itu digalakkan pada waktu senja, kerana tidak terjumpa nas tentang ia misti dibuat waktu itu, maka takut berlaku kegelinciran.

Untuk bersangka baik kepada sekalian ulama lama, tentu adalah sandaran dan pegangan mereka menggalakkan berdoa lewat. Sekalipun tidak diketahaui sandaran mereka dari nas yang nyata, tetapi yang jelas mereka sepakat atau ijmak. Majoriti diyakini jujur dengan ilmu dan disiplin ilmunya, mereka juga tentulah teliti dan juga takut kepada Allah dan dosa.

Oleh kerana kerja-kerja mereka tidak sepenuh dicatitkan, tiada rekod bagi dijadikan saksi, tidak seteliti perawi hadis merakamkan hadis, maka buktikan seperti rekod tentang hadis sahih.

Perlu diingat, tetang tiada nas mengenainya adalah ingatan yang baik supaya kita tidak berkata ia dari al-Quran dan Nabi SAW, tetapi supaya terhindar dari memfitnah para ulama, kita boleh beranggapan ada gias dan ijmaknya.

Tidak kita terfikir ada penyelidikan mengenainya?

Sumber: http://www.harakahdaily.net
Continue Reading...

Thursday, December 24, 2009

Air dan misteri yang terungkai













Gambar diatas adalah gambar molekul air yang membentuk kristal hasil kajian seoarang saintis jepun (masaru emoto) yang telah merungkai pelbagai misteri kejadian air.

Kesimpulan dari kajian beliau menunjukkan bahawa:

-air bagaikan suatu makhluk hidup

-air punya banyak bentuk yang unik

-bentuk terbaik ialah yang memiliki 6 segi (heksagonal)

-bentuk terburuk ialah tiada bentuk (rawak)

-air mempunyai memori yg boleh dirakam, alter dan padam

-merakam bunyi, suasana, gambar dll imput

-dll 

untuk rujukan dan bacaan lanjut sila clik http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm

Terungkai misteri

setelah kajian masaru emoto ini terungkailah beberapa misteri berkaitan air yang selama ini menjadi tanda tanya antaranya:

-mengapa orang tua baca yasin bawak air

-mengapa orang doa pada air

-mengapa orang tua kata jgn merungut depan rezeki

-mengapa air zam-zam dan mineral amat mujarab

-mengapa kita sunat berwuduk

-mengapa tuhan jadikan air asas kehidupan

-bagaimana penyakit terjadi dan bagaimana sembuh

-mengapa Islam melarang mengumpat dan melazimi berzikir dan membaca Quran

-dsbgnya

patut la....... semua menjadi jelas dengan kajian tersebut. 















Kita Ibarat Botol Air Mineral Besar

Hampir seluruh tubuh kita diliputi air kerana 60% kandungan tubuh adalah terdiri darinya. Maka semua kajian ini adalah berkaitan secara langsung dengan diri kita. Bagaimana seseorang boleh sakit, sembuh adalah berkaitan dengan bentuk dan fungsi air yang ada dalam tubuh kita. Juga emosi, perasaan dan tindakan turut dipengaruhi unsur besar ini.

Tidak hairanlah mengapa orang sekarang makin pendek umurnya dan makin banyak sakitnya. Serta terjawablah mengapa jiwa orang sekarang adalah mudah rosak berbanding orang terdahulu. Mana tidaknya, dulu sumber air adalah dari perigi, sungai dll sumber asli. Sekarang air paip yang siap sedia klorin pengakis di dalam. Orang dulu hidup tanpa banyak agen perosak, sekarang masuk rumah tengok tv, naik kereta dengar radio, gi kerja surf internet dll. Bukanlah tidak boleh menikmati kemajuan akan tetapi perlu banyak penapis dari banyak unsur2 negatif yang merosak kesihatan. Kesihatan fizikal & mental.

So, kesimpulan mudah yang boleh diambil:

1.tapislah imput anda.

-elakkan musik rock, kasar dan merosakkan

-elakkan selalu mendengar makian dan cemuhan (jangan mengumpat)

-elakkan pandangan kotor dan maksiat

-pilih-pilihlah kawan anda

-pilih-pilihlah makanan dan tempat makan

-dll (pikir sendiri)


2.Tapislah juga output anda

-elakkan mengumpat, mencemuh dan memaki hamun

-guna bahasa yang baik dan lembut

-banyakkan berzikir dan baca Quran

-berbuat baik pada sesama makhluk

-dsbgnya (pikir sendiri)


*senang cerita kembalilah kepada Islam. Buat apa yang Allah suruh, jauh ape yang Allah larang dan ikut sunnah nabi s.a.w.



Continue Reading...

Thursday, December 17, 2009

Selamat tahun baru 1431H

Orang yang lebih baik dari semalam - Bahagia,
Orang yang sama dengan semalam - Terpedaya,
Orang yang lebih teruk dari semalam - Celaka.

Kita dimana?
Continue Reading...

Saturday, November 21, 2009

Sami Yusuf - Asma Allah

Continue Reading...

Friday, November 20, 2009

Ujian dengan nikmat kebahagiaan

Usrah Rasa Hati siaran IKIMFM rabu lepas (18 /11) membincangkan topik ujian dengan nikmat kebahagiaan. Kita seringkali menganggap hanya derita, kesusahan & bencana sebagai ujian daripada Tuhan dan lupa dengan ujian dalam bentuk nikmat kebahagiaan. Kita anggap kebahagiaan yang kita kecapi sebagai nikmat semata-mata, tanpa ada rahsia disebaliknya. Sesungguhnya kita harus ada kayu ukur atau neraca bagi menilai kebahagiaan yang kita kecapi agar ia membawa diri kita lebih dekat kepadaNya...
Renungkan kisah seorang lelaki di zaman Nabi yang asalnya miskin sehinggakan terpaksa bergegas pulang ke rumah setiap kali selepas solat di masjid bagi membolehkan isterinya pula bersolat menggunakan kain yang sama dipakainya. Namun apabila dikurniakan dengan nikmat kesenangan dia jadi lalai..
Semoga kita termasuk di kalangan hamba yang bersyukur... Aameen
Continue Reading...

Monday, November 16, 2009

Ahlan wa Sahlan


segala puji Rabbul Izzati

selawat dan salam junjungan Nabi

rahmat di pohon agar diberkati

dalam usaha mencari redha Ilahi


ahlan wa sahlan kalam dimulakan

pada pengunjung dihormati sekalian

atas kunjungan moga dapat keberkatan

ilmu diamal itu diimpikan


wacana minda kelompok usrah muda

dalam menelusuri tatacara beragama

pencarian hak untuk dikongsi bersama

sepanjang perjalanan daulah dibina


pintu perdebatan jangan dibuka

kerana akibatnya amal tiada

lapangkan dada murnikan jiwa

hancurlah batil bila HAK menjelma




Continue Reading...
 

Blogroll

usrah ansar Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template