Friday, October 15, 2010

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan

1.0 Pendahuluan


Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!



Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :


النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى ,nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.


Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.


2.0 Menangis bertukar gembira


Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.







Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!


Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.


Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.


Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.


Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.


Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.


Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.


Syaitan kembali tersenyum gembira.








3.0 Gembira bertukar Menyesal


Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.


Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.


Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.


Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.


Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?


Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.


Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...


4.0 Penutup


Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.


Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.


Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.


Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)
YDP Pertubuhan Muslim Professional Negeri Perak (IMPROF)
muhakim.blogspot.com
Selepas Tengah Malam
13 Oktober 2010
Continue Reading...

Friday, August 6, 2010

Konsep Nur Muhammad

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU DALAM KONTEKS WACANA SUNNI SATU PENGAMATAN AWAL

OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

Tulisan ini insya’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad”sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu sepertiteks Nur al-Din al-Raniri, , Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antaralainnya,Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya.Juga akan diberikanperhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan SyaikhNawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikanberdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalanganAhlis-Sunnah wal-jama’ah.Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enakdan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kitaberadab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-dinal-nasihah” dalamn hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranyasebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawird.Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaanNabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadidaripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selaindaripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang inibergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yangberkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar didalamnya.Mudah –mudahan kita ini mengenali nabi kita sebenarnya,mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapatrahmatNya .Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalamkitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitabTaj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi paraFuqaha &Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam KosmologiMelayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22).Antara nas-nas yangdisebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yangbermaksud:”Aku adalah perbendahraan yang tersembunyi, maka Aku kasihbahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya merekamengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.hal.10).Juga dinukilknyahadith bermaksud:”Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNyadan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammadss.a.w.”(ibid.10).Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak adakepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripadaTuhan dijadikan ruh nabi.Dinukilnya juga hadith yang bermaksud:”Aku(nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”.(ibid.10).Ertinyasebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yangpertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikanAllah daripada baginda (iaitu daripada nurnya).(ibid.hal.10).Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:”Aku (Tuhan)menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Akujadikan engkau keranaKu”(ibid.10).Juga dinukilkannya hadith yangbermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelianfalak ini.”(ibid.11).Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:”Akutelahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dantanah”(ibid.11).

Kemudian beliua menukil hadith nur Muhammad.Antaranya ialah yangbermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialahakal”(ibid.11); dan yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yangdiciptakan Allah aialah al-Qalam”,(ibid.11); dan yangbermaksud:”Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialahruh-ruh”(ibid.11).Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh ituialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yan g ternyata daripadahadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yangdiciptakan Allah ialah nurku”(ibid.11).Dinukilkannya juga hadith yangbermaksud:”Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialahruhku”.(ibid.11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din Allah menjadikan Nur Muhammad itudaripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataankitab al-Manzum yang bermakna:”Telah berdempeklah sifat Jalal dan SifatJamal , maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allahdaripada dua sifat itu Ruh Muhammad , iaitu daripada ‘adam kepada wujud(daripada tidak ada kepada ada-uem)(Bad’ Khalq al-Samawat waal-Ard.12).Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga,bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, seb ab kalau demikianada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau RuhMuhammad itu Ia tilikkepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, makaia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekeliananbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripadanyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’minyang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’minyang munafik dan mereka yang kafir.(ibid.13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelianmalaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripadajin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelianbinatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan,setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pulasegala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaituhawa, api, air dan angin (ibid.13).

Kemudian beliau menyebut basgaimana Allah menilik dengan tilikanhaibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadiapi yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa,daripadanya diAllah tujuh petala langit.Setelah itu ada bakinya yangtinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, danbintang.(ibid.13).Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawaAllah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakanSyajaratul-Yaqin.Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burungmerak , diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepadaAllah, selama tujuh puluh ribu tahun.Bila merak itu terpandang terlalucantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kalisujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajibatas umat Muhammad s.a.w.

Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah.(ibid.15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut NurMuhammad dalam bentuk burung merak

Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” .

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” ( berdasarkan karangan asalnya“Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abdal-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karanganal-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antaralainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah waMatba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang , t.t.) Kitab ini dikarang olehbeliau pada tahun 1301 Hijrah..Pada halaman 3 dst terdapat bab awalberkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nurNabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau :

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taalatelah menjadi ia akan sutu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamaiakan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-Orang yang bertaqwa), danpada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudiantelah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yangsangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan diaatas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur ituatas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akancermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya ; makatatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akanrupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu iadaripada Allah taala , maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanyaenam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertamaakan ruh Abu bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keduaitu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketigaitu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yangkeempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yangkelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam ituakan padi”(hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, denganitu ,menjadi fardu sujud , lalu difardukan sermbahyang yang lima waktuatas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilitk kepada nuritu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnyaAllah jadikan malaikat, daripoada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy,Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, danbarang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikananbia , muyrsalin, ulama, syuhada dan solihin.Daripada peluhbelakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dansegala tempat masjid dalam dunia.(hal.3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi , golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal.4)

Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, dihadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur.Mereka itu ialah Abubakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali.Kemudian Nur itu mengucap tasbih selamatujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang : dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammads.a.w; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammads.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwahanbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripadaakik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagiandalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti baginda di duniaini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri baginda didalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkelilingroh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selamaseratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilikkepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultanantara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yangadil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yangmelihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada duatelinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yangmelihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihatdua bibir mulutnya menjadi orangt-oirang besar raja. Yang melihathidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulutmenjadi orang puiasa.Demikian seterusnya dengan melihat anggotatertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di duniananti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia danmujtahid. (hal.5).Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanyajadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yangsepertinya.(hal.5).

Beliau menyebut hadith qudsi

:Aku adalah perbendahraan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnyaakan daku. (hal.6)

kemudian beliau menyebut hadith nabi s.a.w.

Ertinya yang awal-wal barang yang suatu dijadikan Allah taala itunurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalahsekelian alam ini dijadikan Al;lah subhanahu taala daripada sebab nurMuhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut.Lalu ia menyebut pulahaditrh qudsi:

Ertinya :Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammaddan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammaditu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal.6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur,2001).Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah,di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7.Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalamkitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain al-‘Abidinal-Fatani.Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggamdaripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad,ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empatbahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepadaQalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, denganakibat-akibat mereka.Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yangmelihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyaisifat-sifat tertentu.Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya.Iaberakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad danMuhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha,’ sujudseumpama mim, duduk seperti rupa dal.Juga dikatakan makhluk dijadikanatas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tanganseperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.

Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkahdahulunya diterbitkaqn oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir.Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, PulauPinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammads.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanyaadalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidindalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satudaripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagianpermulaan kitabnya.. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang adadalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab,syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji” .Dalam mensyarahkan kata-katadalam “al-Barzanji” hal.2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura,tanpa tarikh) bermaksud” Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka(seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yangmengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya olehAllah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumiselama lima puluh ribu tahun…

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allahmeredhainya : “Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk danmengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripadanurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiangdaripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmahkemudian ia sujud, sambil katanya :Al-hamdulillah , kemudian Allahberfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad ,daripada engkau Aku memulakan pen ciptaan dan (dengan engkau) Akumengklhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnyaitu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauhdaripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalamtulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan KalamAllah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhanberfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ makiaQalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbingkepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adamsesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapayang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh , sesiapa yang taatkanAllah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNyadimasukkanNya ke dalam Neraka…

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim,…umat nabiMusa…, umaqt Nabi ‘Isa…, sampai kepada umat nabi Muhammads.a.w.,…kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dariumat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka,terdengar suara dariTuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalamkerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentangbahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagiempat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang keduadijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dancahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalahdaripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan dibawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allahletakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujudkepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersafdi belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad.Bila Adam alaihis-salambertanya mengapa malaikat berdiri di belakang nya bersaf Allah menjawabmereka itu sedang melihat kepada n ur kekasihNya Muhammad yang menjadikhatam sekelian rasul dan anbia.Kemudian Adam meminta nur itudipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi baginda.Maka malaikatmengadap wajaihnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya laludiletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; makabertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itudipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Syith, dan seterusnya.Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepadarahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya,kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya . (hal.3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur’an dan Sunnah.

Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yangbermaksud “Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitabyang nyata” (5.15).

Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”.

“قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور” هُوَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “وَكِتَاب” قُرْآن “مُبِين” بَيِّن ظَاهِر

Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:

” قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّه نُور ” أَيْ ضِيَاء ; قِيلَ :الْإِسْلَام , وَقِيلَ : مُحَمَّد عَلَيْهِ السَّلَام ; عَنْ الزَّجَّاج .

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan“Islam”, dan dikatakan :Muhammad s.a.w dari al-Zajjaj.Dan “kitab” itudikatakan Qur’an.

Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur” : telah datang kepada kamu wahaiahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammadsalla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenarandizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

قَدْ جَاءَكُمْ يَا أَهْل التَّوْرَاة وَالْإِنْجِيل مِنْ اللَّه نُور, يَعْنِي بِالنُّورِ مُحَمَّد صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ,الَّذِي أَنَارَ اللَّه بِهِ الْحَقّ , وَأَظْهَرَ بِهِ الْإِسْلَام ,وَمَحَقَ بِهِ الشِّرْك

Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (5.15) dinyatakan:

قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ ” يَقُولتَعَالَى مُخْبِرًا عَنْ نَفْسِهِ الْكَرِيمَةِ أَنَّهُ قَدْ أَرْسَلَرَسُوله مُحَمَّدًا بِالْهُدَى وَدِين الْحَقّ إِلَى جَمِيع أَهْلالْأَرْض

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allahtaala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Iamengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yanghak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْنعَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّىأَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًاوَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalanganmereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang.Kata Ibn‘Abbas : dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh,dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan baginda sebagai nabi (akhirzaman).Kata ‘Ikrimah : Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbasjuga berpendapat demikian.

Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan:

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

وَقَوْله تَعَالَى ” وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ ” قَالَ قَتَادَة” الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ ” قَالَ فِيالصَّلَاة يَرَاك وَحْدك وَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَةوَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَرَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرَى مِنْ خَلْفه كَمَايَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث ” سَوُّواصُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي ” وَرَوَى الْبَزَّاروَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَفِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْبنَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .

Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan merekayang sujud.Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiridan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalamsembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah.Ini pendapat‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri.Kata MujahidRasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang baginda sebagaimanaia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yangdemikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu,sesungguhnya aku melihat di belakangku’.Dan diriwayatkan oleh al-Bazzardanb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakantentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak baginda dalam sulbi nabi sampaike sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhankeluarkan baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.

Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraianberkenaan dengan ayat 5.15 , kenyataannya ialah seperti berikut:

(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud :”Telah datang kepada dariAllah nur dan kitab yang nyata” )-nur yang agung (‘azim), ia cahayabagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yang terpilih salla’Llahu‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat ini, juga (ahlibahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada kebenaran)pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabisalla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘atafyang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nurdan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi,kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidakada syak bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi‘alaihis-salatu was-salam (iaityu Nabi Muhammad), dan kalau andateragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya, maka biarlah andamenerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud :Tidaklah Kami mengutusengkau 9wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam,al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakanseperti berikut:

Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmatuntuk semuanya adalah dengan mengambil kira baginda sebagai perantara(wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atassekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada permulaan lagi; keranaitulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah taalaialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Mahapemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).

Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.),tentang ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nurdan kitab yang nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat peneranganbahawa “nur itu nur (yang agung) , nur dari segala nur , dan nabi yangterpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegangoleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilihpendapat ini…Daqn pada sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yangdimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya merujukkepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yangdigunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I(ulama Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dankitab itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanyamerujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasateragak-agak untuk menedrima pendapat ini dari segi ibaratnya, makabiarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak bolehmenerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu bolehditerima dari segi isayaratnya)…” (ibid.III.369).

Dalam kitab yang sama,(Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung denganayat yang bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad)melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraiandengan katanya :”Hakikat keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallamsebagai rahmat untuk semua yangt wujud (“lil-jami’”) itu ialah denganiktibar bahawa baginda adalah penengah –wasitah- bagi limpahan rahm atIlahi (“wasitah al-faid al-ilahi”) atas sekelian makhluk(“al-mumkinat”) dari awalnya, dan itu ialah kerana nur bagindasalla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal ; makadalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala ialahnur nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allahta’ala adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulamasufiah –Allah menyucikan asrar mereka- ada terdapat huraian berkenaandengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada ini.”

Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyahdalam kitabnya “ Miftah al-sa’adah”.Katanya “Kalaulah tidak kerananubuwwat tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat,amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia, dan tidak ada asas bagikerajaan , dan manusia akan berkedudukaun seperti haiwan dan binatangbuas serta anjing yang memudaratkan, yang setengahnya berseteru denganyang lainnya.

Maka setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesannubuwwah , dan tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yangakan berlaku adalah dengan sebab terselindungnya kesan nubuwwah danpengarjian tentangnya.Maka alam ini adalah seumpamna jasad dan rohnyaialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu tidak akan ada dokongannya;kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah dan pengajiannya )buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan binasa,maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesannubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”.juz 9,hal.100).

Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu dikalangan mereka yang sujud” (al-Shu’ara.217-219) , selain daripadamaksud bahawa nabi beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, denganda’wahnya dan lainnya, pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135)menerangkan bahawa: “dan daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka ituialah para anbia ‘a.s.s. , dan makna “melihat gerak-geri engkausebagaimana gerak-geri mereka yang selain daripada engkau dari kalanganpara anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa yang diperintahkankepada mereka, sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir tentang “merekayang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah, antaramereka ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga, melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan“gerak-geri engkau di kalangan mereka” itu sebagai bermaknaberpindah-pindahnya baginda (sebagaqi Nur Muhammad-uem) dalamsulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-salatuwassalam- …’(ibid.X.135)

Dalam Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-ImamAbul-Hasan ‘Ali bin Ahmad al,-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayatyang bermaksud Telah datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitabyang nyata, katanya nur ya’ni Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam danKitab yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196.

Demikian juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzilal-Musamma Mirah Labid li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawial-Bantani (dan beliau ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenaldalam abad ke-19) -di tepinya Tafsir al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilidII hal. 196 ada dinyatakan:

Ayat yan g bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur)yaitu Rasul iaitu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ( dan Kitabyang nyata) iaitu Qur’an…

Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud:dan pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud,yaitu Ia melihatgerak-geri kamu dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud sertaduduk bersama-sama mereka yang semb ahyang bila engkau menjadi imamdalam berjemaah dengan mereka , dan dikatakan dan Ia melihat engkauberpindah –pindah dalam sulbi para mu’minin dan mu’minat , semenjakdari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah dan Aminah ; maka semuanenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad saqlla’Llahu ‘alaihiwa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke dalamdirimereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi) dalamlelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanyakepada orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yangselain daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak menyembahberhala melainkan selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapunsebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain dariAllah…(ibid.II.119).

Hadith berkenaan dengan Nur:

Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara minal-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabiengkau, wahai Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnyadaripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: WahaiRasulullah, bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepadahamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segalasesuatu. Jawab baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan sebelumsegala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya , kemudian Ia jadikannur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalammasa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka,tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Makabila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nuritu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam,daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketigaIa jadikan ‘Arasy, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itukepada empat bahagi , maka daripada juzu’ yang pertyama Ia jadikanmalaikat penanggung ‘Arasy, daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi,daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi.Kemudian Iamembahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi yangpertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yangketiganya Syurga dan Neraka.Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepadaempat bahagian : yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mataMuslimin, daripada yang kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadapAllah,daripada yang ketiga dijadikanNya nur kejinakan mereka (denganTuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’,demikian hadith dalam “al-Mawahib”( iaitu al-Mawahib al-Laduniyyahkarangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).

Dan seterusnya:

Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkanadakah Qalam makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak?Al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani : yang asah ialah ‘Arasy sebelumdaripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab “Sahih” dariibn ‘Umar; katanya : Sabda Rasulullah s.a.w :Allah menentukan takdirbagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi limapuluh ribu tahun, ‘Arasynya atas air; ini sarih atau nyata dalamperkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arasy; takdir adapada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ub adah bin al-samit ,marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia berfirman:Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya,“Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi;dianggapnya sahih).

Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, darihadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelumdaripada ‘Arasy”.

Dan al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawaAllah tidak menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, makaboleh dihimpunkan antgara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalanQalam dalam hubungan dengan yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan‘Arasy.Habis.

Dan yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah:

Perkawa terawal dijadikan Allah ialah Qalam.

Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah binal-samit, marfu’, dengan tambahan , Ia berfirman:”Tulislah”, kata(Qalam)”Apakah yang hamba (akan) tulis?” FirmanNya:”Tulislah takdirsegala sesuatu”.

Kata ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah” :”Datang riwayat ,iaitu hadith ini, bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalamriwayat “Allah menjadikan ‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya,kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian Ia memerintah supaya menulisdengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya:tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam makhlukKu, terdiridaripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal; makaQalampun menulis tentang apa yang ada sampai ke Hari Kiiamat. Rijalnyaatau periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat),melainkan Qahhak bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya bolehdipercayai, katanya ia tidak mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satukelumpuk menganggapnya dhaif; dan datang riwayat daripada ibn ‘Abbas–Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya: Perkara awal yang dijadikanNyaQalam, kemudian Ia menyuruhynya menulis; para periwayatnya bolehdipercayai (rijaluhu thiqat).

Dan dalam riwayatn ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yangdijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudianfirmanNya, Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada.

Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir b ahawa baginda s.a.w. bersabda:Nun, , Demi Qalam dan apa yang mereka tulis.katanya: Lauh daripada nur,Qalam daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hariKiamat.

Sumber: http://tasawuf.blog.com
Continue Reading...

Wednesday, August 4, 2010

Bersahabat Dengan Jin Boleh Mengundang Syirik

oleh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

Bersahabat Dengan Jin Boleh Mengundang Syirik
Bolehkah anda jelaskan tentang kewujudan jin dalam alam ini. Adakah ia memang ada atau hanya mitos?


DR. HAYEI: Jin ini memang wujud. Cuma alam hidup mereka berbeza dengan alam manusia. Kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka boleh melihat kita. Sejarah kewujudan jin ini pernah berlaku sekembalinya Rasulullah s.a.w. dari Taif selepas hampa kerana kerja dakwahnya ditolak oleh penduduk Bani Thaqif di situ. Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak di situ diupah supaya melontar batu ke arah Nabi Muhammad.
Dalam perjalanan pulang, baginda berhenti solat di satu tempat sambil membaca surah Jinn. Peristiwa itu kemudiannya membawa kepada pengislaman kumpulan jin berkenaan yang asyik mendengar Nabi membaca al-Quran. Sebab itu, sehingga kini ada Masjid Jin di Mekah sebagai mengenang peristiwa tersebut. Ini juga bererti terdapat jin Islam dan jin kafir.


Bolehkah manusia menjalin hubungan dengan jin?


DR. HAYEI: Hubungan jin dan manusia ini kalau pun boleh ia adalah amat sukar kerana manusia dan jin tidak serasi. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin daripada api. Malah tabiat dan amalannya juga jauh berbeza. Walaupun ada jin Islam, ia mungkin Islam dari segi akidah tauhid tetapi dari segi tingkah laku, makan minum dan rupanya ia amat jauh berbeza dengan manusia. Jin ini walaupun Islam, tabiatnya adalah jahat. Makhluk ini tidak tahu budaya manusia dan perbuatan seperti memindahkan manusia dari rumah ke hutan, misalnya, adalah biasa dilakukan oleh jin dan ia tidak dianggap salah. Hubungan dengan jin boleh berlaku melalui beberapa amalan khurafat oleh golongan yang berkehendakkan bersahabat dengan jin. Antara amalan tersebut adalah menjamu pulut semangat, tepung tawar, puja pantai dan puja semangat padi. Satu lagi unsur penting yang terlibat dalam proses ini adalah pemujaan termasuk menyembelih binatang dengan bacaan mentera tertentu.
Golongan ini mempercayai jin boleh berbuat sesuatu yang mustahil, mengetahui segala perkara sedangkan apa yang mereka minta itu di luar keupayaan jin. Ini sebenarnya menambahkan lagi kesusahan kepada manusia selain menyesatkan daripada jalan yang benar dan terpesong daripada hidayat. Kalau kita boleh berinteraksi dengan jin pun, kita ragu entah betul atau tidak apa yang disampaikannya. Bahasa yang digunakan juga mungkin berbeza dengan percakapan harian kita.


Ada golongan yang memberi alasan membela jin ini sebagaimana hubungan Nabi Sulaiman dengan jin. Benarkah?


DR. HAYEI: Membela jin dengan menjadikannya sahabat atau teman rapat kerana ingin mendapatkan sesuatu daripadanya adalah salah dalam Islam. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman itu telah diwahyukan Allah kepadanya di mana dengan menggunakan khidmat jin, beliau memindahkan istana Puteri Balqis. Kita tidak boleh menerimanya kerana Nabi Sulaiman tidak meninggalkan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapat maklumat atau menggunakan khidmatnya untuk masyarakat. Perkara ini boleh berlaku tetapi ia masih memerlukan kepada aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin. Jin pun ada nafsu yang mahu dirinya dipuja. Proses interaksi ini juga bukan semudah yang disangka dan kaedah pemujaan beginilah yang dibimbangi oleh membawa kepada syirik. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan kerana manusia mencari perlindungan daripada mereka.
Kegiatan pawang, ahli nujum dan sesetengah bomoh jin yang mengubati pesakit melalui jin adalah sebahagian amalan yang menyusah dan menyesatkan hidup manusia sendiri. Malah perbuatan bertenung nasib itu adalah salah satu dosa besar dalam agama. Saya tidak nafikan ada juga bomoh yang betul tetapi jin selalunya akan berbohong terutama apabila gagal menunaikan permintaan manusia.


Bolehkah jin memperlihatkan dirinya kepada manusia?


DR. HAYEI: Kalau ada cubaan bertemu ia mungkin dibuat dalam bentuk jelmaan sama ada dalam badan manusia atau haiwan seperti kucing hitam, ular hitam dan anjing hitam. Tujuannya adalah untuk membolehkan interaksi dengan manusia yang memujanya. Namun, penjelmaan terutama dalam badan manusia ini jarang berlaku kerana bimbang ia menerima kesan-kesan atau bekas seperti manusia. Ini kerana kalau dipukul atau dibunuh makhluk ini juga akan mati. Sebab itu jika kita memukul ular di dalam rumah pastikan ular itu dipukul sehingga mati. Jika tidak ia mungkin mengganggu kita kerana dia sakit.


Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi menggunakan khidmat jin terutama dalam upacara perubatan tradisional?
DR. HAYEI: Memanglah, bagi pesakit, ikhtiar mereka itu bertujuan menyembuhkan penyakit. Kadangkala mereka tidak tahu pun soal perhubungan bomoh dengan jin atau sama ada proses perubatan itu boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Antara amalan yang sering dikaitkan dengan pemujaan jin adalah membakar kemenyan dan penggunaan asam limau.
Jin sangat suka orang membakar kemenyan kerana mereka juga dibuat daripada api. Tambahan pula jika kemenyan itu telah dijampi. Antara tanda-tanda wujudnya pemujaan adalah membakar kemenyan pada waktu Maghrib, pemujaan pada besi berpalang, penggunaan darah, warna hitam. Bagaimanapun, pembakaran kemenyan di sisi mayat dibolehkan kerana ia bertujuan menghindarkan bau busuk.


Adakah amalan tertentu dalam Islam yang boleh menghindarkan gangguan jin?


DR. HAYEI: Antara amalan paling utama adalah berdoa memohon perlindungan dan keselamatan Allah daripada gangguan jin dan makhluk halus yang lain. Selain itu, amalkan membaca ayat kursi secara istiqamah. Lokasi kesukaan jin adalah kawasan tandas, stor, bawah katil dan tempat-tempat yang agak bersepah.
Membaca surah Al-Baqarah juga boleh menghindarkan gangguan jin dan syaitan. Lebih-lebih lagi apabila kita memasuki rumah baru atau berpindah ke rumah yang lama ditinggalkan tanpa penghuni. Apabila membaca surah ini, jin akan berasa terganggu dan insya-Allah berpindah ke tempat lain.


Apakah boleh kita menyaksikan Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Shah Alam?


DR. HAYEI: Menyaksikan pameran itu dibolehkan kerana apa yang dipamerkan adalah gambaran kepada alam jin dan tidak ada kaitan dengan jin. Lainlah jika kita membawa jin melalui aktiviti pemujaan. Pameran itu lebih kepada yang dikhayalkan sebagai jin, oleh itu tiada halangan untuk menontonnya


Penulis: Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN Penerbitan asal: Utusan Malaysia 18 Julai 2006, sumber: http://www.drhayei.com
Continue Reading...

Wednesday, July 14, 2010

"Tidurlah kamu sebagaimana tidurnya pengantin baru"

Pada suatu masa yang ditetapkan

Kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali
Dihujung hidup nanti

Berlangsungnya perkahwinan dengan maut
Hantarannya...sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis
Pengantin dimandikan...

Dipakaikan baju cantik putih bersih
Wangian gaharu dan cendana
Keranda jadi pelamin
Pengantin bersanding sendirian

Diarak keliling kampung
Berkompang azan dan kalimah kudus
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahat

Saksi pula nisan nisan
Siraman air mawar
Keluarga terdekat menepung tawar
Tiba masa pengantin
Menunggu sendirian

Malam pertama bersama kekasih
Dikamar bertilamkan tanah
Dan DIA menuntut janji
Sucikah kita tatkala berpadu

Pernahkah taubat sepanjang hayat
Atau terkubur bersama dosa dosa
Dan Dia kekekasih itu
Menetapkanmu kesyurga
Atau melemparkan dirimu keneraka.......
Continue Reading...

Tuesday, March 23, 2010

KUNCI DAN PINTU



Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya.



KUNCI DAN PINTU KEBAIKAN

Kunci shalat

Bersuci


Kunci haji

Ihram


kunci kebajikan

kejujuran


kunci syurga

tauhid


kunci ilmu

bagusnya bertanya dan mendengarkan


kunci kemenangan

kesabaran


kunci ditambahnya nikmat

syukur


kunci kewalian

mahabbah dan dzikir


kunci keberuntungan

takwa


kunci taufik

harap dan cemas kpd Allah


kunci dikabulkan

doa

kunci keinginan terhadap akhirat

zuhud di dunia


kunci keimanan

tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah


kunci hidupnya hati

tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa


kunci didapatkannya rahmat

ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya


kunci rezeki

usaha bersama istighfar dan takwa


kunci kemuliaan

ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya


kunci persiapan untuk akhirat

pendeknya angan-angan


kunci semua kebaikan

keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat




KUNCI DAN PINTU KEBURUKAN

kunci semua kejelekan

cinta dunia dan panjangnya angan-angan


kunci ke neraka

kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang disampaikan Allah kepada Rasul-Nya, dan lalai dari dzikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya


kunci segala dosa 

khamr


kunci perzinaan

nyanyian


kunci kegelisahan dan kecenderungan

melepaskan pandangan pada gambar-gambar


kunci kerugian dan luputnya segala sesuatu

kemalasan dan kesantaian


kunci kekufuran

kemaksiatan-kemaksiatan


kunci kemunafikan

dusta


kunci kebakhilan

kekikiran dan ketamakan


kunci segala kebid’ahan dan kesesatan

 berpaling dari apa yang dibawa Rasul


(Hadil Arwah 1/48-49)



Continue Reading...

Friday, March 12, 2010

Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat


Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah





إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. [1]

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia-lah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). [2]

Kehidupan ini, sama ada disedari atau tidak, adalah merupakan ujian daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala demi menentukan siapakah yang terbaik amalannya. Ujian tersebut wujud dalam pelbagai bentuk, sebahagiannya kita kenali dan sebahagian lain tidak kita kenali.

Antara ujian tersebut ialah bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat dalam agama. Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah dalam ayat berikut:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)

Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia. [3]

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa:

· Allah Subhanahu wa Ta‘ala berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.

· Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.
Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dimana mereka tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat” bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian”.

· Demikian merupakan antara sebab Allah Subhanahu wa Ta‘ala mencipta manusia, sekali gus menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa negatif apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni yang diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali dengan sikapnya yang sentiasa positif apabila berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.

· Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan bahawa usaha sebahagian orang yang cuba menyatukan umat Islam di atas satu pendapat adalah sia-sia kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendak Allah.

· Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba membuka umat Islam ke arah bersatu di atas kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang berada di atas jalan yang benar, yang akan mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, insya-Allah.

untuk bacaan lanjut sila ke http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BezaPendapat/perbezaanPendapat.htm

Continue Reading...

Wednesday, March 3, 2010

Kenali hantu dari sudut fizik

Kajian sains kuantum mendapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif dan alah kepada cahaya FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster, semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka, Prof. Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

"Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

"Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian, apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

"Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci berlaku.

"Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

"Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

"Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan,tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. "Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

"Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

"Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. "Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

"Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya.

*FAKTA: Hantu dan jin*

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

sumber: http://darussyifaperak.blogspot.com
Continue Reading...

Thursday, January 14, 2010

AKU,DIA DAN ISTI'JAL

AKU,DIA DAN ISTI'JAL (TERGESA-GESA@KALUT)

Khabbab bin Al-Arat ra. pernah datang kepada Rasulullah. Ia muak melihat kaum musyrikin selalu mentertawakan Islam. Ia bosan menghadapi berbagai kesulitan. Dan ia ingin agar dakwah Rasulullah saw segera mendapatkan kemenangan. Sementara itu ia merasakan bahwa da’wah yang dilakukan oleh Rasulullah dan para shahabatnya tidak kunjung membawa hasil. Bahkan ujian yang datang semakin keras, semakin berat. Keadaan yang seperti ini membuat dia memberanikan diri untuk memohon kepada Rasulullah saw. “Wahai Rasulullah SAW, tidakkah engkau berkenan untuk berdo’a bagi kami? Tidakkah engkau berdo’a agar dakwah ini segera mendapatkan kemenangan?”.

Mendengar keluhan ini Rasulullah saw menjelaskan, “Kalian ini belum seberapa. Orang-orang sebelum kalian pernah mengalami peristiwa yang lebih mengerikan. Musuh Allah menggali lubang, lalu ada yang dimasukkan ke dalam lubang, kemudian digergaji kepalanya menjadi dua. Ada juga yang disisir dengan sisir besi sehingga kulitnya mengelupas dari tulang-tulangnya. Tetapi itu semua tidak membuatnya bergeser dari agamanya. Demi Allah, agama ini akan mengalami kemenangan sehingga seseorang yang berjalan dari hadramaut hingga ke San’a tidak merasa takut kepada sesuatu pun melainkan takut kepada Allah. Maka kalian jangan tergesa-gesa”.


Berjuang di jalan Allah bukanlah jalan yang mudah. Jalan yang membentang di hadapan pejuang di jalan Allah adalah jalan keras dan licin, yang penuh dengan onak dan duri, penuh halangan dan rintangan. Maka tidak akan sanggup menempuh jalan berat tersebut kecuali orang-orang yang memiliki mental kuat yang pertama, dan memiliki bekalan tawakkal yang kuat.

Yang lebih berat lagi, disamping jalan sulit dan berliku yang haus ditempuh oleh pejuang di jalan Allah, di sisi kiri dan kanan banyak syaitan-syaitan berusaha menjatuhkan para pejuang. Lepas dari satu syetan bukan bererti automatik selamat, tetapi ia akan menghadapi syaitan lain yang lebih licik tipu dayanya. Syaitan-syaitan itu menebarkan berbagai penyakit di jalan Allah untuk menggagalkan usaha para pejuang.

Salah satu penyakit yang ditebarkan syaitan di jalan perjuangan ini adalah isti’jal.

التَّأَنِّى مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ

Kecermatan itu dari Allah dan ketergesa-gesaan itu dari syaitan. (HR al-Baihaqi)


Kata isti’jal yang diterjemahkan sebagai tergesa-gesa. Di dalam hadis tersebut tergesa dikatakan dari syaitan-syaitan, karena ketergesaan akan menyebabkan seseorang bertindak tanpa perhitungan yang matang. Akibat selanjutnya adalah terjadinya tindakan yang tidak benar.

Di dalam dunia da’wah dan perjuangan, istilah isti’jal berarti: keinginan untuk segera merasakan dan memetik hasil dakwah dan perjuangan.Karena keinginannya itu lalu seseorang megambil langkah-langkah dakwah tanpa memikirkan keadaan sebenar yang ada dan tanpa mempertimbangkan akibat-akibat yang akan terjadi. Juga tanpa memikirkan apakah cara yang digunakan sesuai dengan kaedah dan tuntunan syari’at atau tidak.

Diantara bentuk-bentuk isti’jal yang sering muncul ke permukaan da’wah adalah ingin merekrut anggota jama’ah sebanyak-banyaknya, tanpa memikirkan aspek kualiti. Lalu untuk mendapatkan anggota jama’ah yang banyak ia menggunakan segala cara, tanpa mempedulikan bahawa cara yang dilakukan itu menyimpang dari ajaran agama.

Kalau kita membandingkan dengan dakwah para Rasul, mereka berdakwah bertahun-tahun tetapi umatnya hanya beberapa orang saja. Kita lihat sejarah dakwah nabi Isa, pengikutnya hanya 12 orang. Da’wah nabi Nuh dan da’wah nabi Ibrahim, pengikutnya lebih sedikit lagi.

Demikian juga kalau kita meneliti dakwah nabi Muhammad saw. Mengapa dakwah Rasulullah saw di Mekkah tidak ditempuh dua tahun atau lima tahun saja? Beliau berdakwah di mekkah selama 13 tahun, dan hanya mendapatkan pengikut 45 orang sahabat saja, namun beliau tetap bersabar dan terus mendidik dan mentarbiyah sahabatnya, walaupun dalam keadaan tertindas dan terasing ditengah-tengah masyarakat Makkah saat itu. Setelah 13 tahun kemudian, baginda pun berhijrah ke Madinah. Itupun tidak segera membuat program penaklukan Mekkah (Fathu Makkah). Penaklukan itu terjadi setelah 8 tahun beliau ada di Madinah.

Dari sejarah da’wah para rasul kita boleh memetik pelajaran bahwa seorang da’ie, dan pejuang hendaknya tidak tergesa-gesa dalam berdakwah karena sesungguhnya ia adalah dari syaitan. Sedikitnya jumlah pengikut bukan berarti sebuah kegagalan. Siapa yang berani mengatakan bahwa da’wah Nabi Nuh gagal? Siapa yang berani mengatakan bahwa da’wah Nabi Isa gagal, karena pengikutnya hanya 12 orang?

Kadang-kadang isti’jal juga muncul dalam bentuk keinginan untuk segera mencapai posisi kekuasaan di dalam sebuah negara. Dengan mengangkat negara sebagai target perjuangan, lalu segala daya upaya diarahkan untuk meraih kekuasaan. Bahkan boleh jadi hal-hal yang sesungguhnya tidak menguntungkan terhadap dakwah pun dilakukan dengan alasan untuk mendapatkan posisi dalam sebuah negara. Dengan prinsip demikian maka sesunguhnya telah muncul kaedah baru, tujuan menjadikan sarana pendokongnya menjadi baik. Dalam bahasa politik Machiaveli, tujuan menghalalkan segala cara. Sehingga dakwah dan perjuangan islam beraroma machiavelian.

Logik yang digunakan oleh pengikut madzhab dakwah ini sederhana, bahwa apabila seseorang telah menguasai sebuah negara maka negara yang ada di bawah kendalinya akan diatur dengan tatacara Islam. Namun seringkali realiti tidak demikian. Setidaknya kita melihat bahwa Raja Najasyi adalah seorang muslim, sehingga ketika beliau wafat dishalatghaibkan oleh Rasulullah saw. Beliau dishalatkan secara ghaib karena di negeri ethopia tidak ada yang menyalatkan. Dan di sana tidak ada yang menyalatkan karena Raja Najasyi tidak bisa mengajak kaumnya untuk beriman, meskipun dirinya telah beriman.

Bahkan boleh jadi, dengan menguasai negara akan terseret arus umat atau rakyat. Dalam sejarah pun kita mencatat, meskipun raja Heraklius sebenarnya yakin akan kebenaran Islam, tetapi karena keinginan dan keegoan untuk mempertahankan posisinya ia memilih untuk tidak beriman…. 



Faktor-faktor Penyebab Terjadinya Isti’jal



Ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya isti’jal pada seseorang, diantaranya adalah:

1- Faktor tabi’at.

Bahwa manusia diciptakan oleh Allah, salah satu sifat bawaannya adalah tergesa-gesa, sebagaimana disebutkan Allah,

“Manusia itu telah dijadikan (bertabiat ) tergesa-gesa” (Al-Anbiya’ : 37)

“ Dan manusia mendo’a untuk kejahatan sebagaimana ia mendo’a untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa” (Al-Isra’ : 11)



2- Melupakan tujuan perjuangan seorang muslim.

Banyak da’ie dan pejuang yang keliru dalam menetapkan tujuan dakwah. Ada di antaranya yang berorientasi pada hasil sebagai tujuan dari setiap usahanya dalam perjuangan, sehingga tatkala hasil yang diharapkan tak kunjung datang, hatinya menjadi tak tenteram dan akhirnya mengarah pada sikap isti’jal. Padahal tujuan seorang muslim adalah mardhotillah (keridhaan Allah) dan itu akan terwujud manakala seorang da’i selalu memegang teguh dalam manhaj Allah hingga akhir hayat.

“Maka siapa yang berharap berjumpa dengan Rabbnya, hendaklah beramal shalih dan tidak menyekutukannya dalam beribadah kepada Rabb-nya.”(al-Kahfi: 110)


3- Karena semangat berjuang yang tidak diimbangi oleh penguasaan ilmu dan keimanan yang benar.

Orang yang tidak memahami tujuan dakwah yang benar akan menilai keberhasilan dakwah dari kacamata material saja, seperti sebab kedua di atas. Kekeliruan dalam menetapkan tujuan perjuangan, apalagi ditambah dengan kekeliruan dalam memahami konsep keimanan, maka dalam menggapai hasilnya tak jarang akhirnya melakukan tindakan gegabah dengan menghalalkan segala cara. Padahal dakwah islam telah ditentukan method oleh Allah, sebagaimana firmanNya

“Katakanlah: “Ini jalanku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan bashirah (manhaj da’wah) yang jelas. Maha suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf : 108).


4- Ketidakfahaman akan watak dakwah dan hakikat kemenangan.

Banyak kita saksikan orang menilai dakwah yang bijak adalah dakwah yang tidak sampai tersangkut di penjara tetapi pengikutnya banyak. Tetapi sejarah para ulama’ terdahulu tidak demikian. Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Ibnu Taymiyah dan lain-lainnya cukup kenyang dengan penjara. Tetapi mereka sabar dan tidak terburu-buru (isti’jal).

Kadang ada juga yang menilai bila seseorang terbunuh karena dakwahnya maka dakwahnya telah gagal. Padahal justru sebaliknya, ia telah berhasil mendapatkan kemenangan ukhrawi, karena kesyahidan yang diraihnya.


5- Tak kuat menanggung cobaan di jalan dakwah yang panjang.

Cobaan yang harus ditanggung dalam perjalanan dakwah terkadang cukup berat. Rasulullah saw bersabda

“Syurga itu dikelilingi oleh hal-hal yang tidak menyenangkan”.

Beratnya cobaan inilah yang pernah dialami oleh Khabab, sehingga memaksanya untuk memohon agar Rasulullah berdo’a supaya kemenangan segara diturunkan oleh Allah. Namun justeru Rasulullah menunjukkan bahwa apa yang dialami oleh umat terdahulu lebih berat. Dan beliau juga menilai keinginan Khabab itu sebagai sebuah ketergesa-gesaan.


Pencegahan Isti’jal


Munculnya persoalan isti’jal sesungguhnya hanya berkisar pada keikhlasan dan keilmuan. Keikhlasan yang benar akan melahirkan kesabaran, sabar untuk senantiasa terikat dengan manhaj Rasulullah saw dan para pewarisnya (ulama’). Sebaliknya tanpa adanya keikhlasan akan memunculkan berbagai penyimpangan dari ketentuan syara’. Maka untuk mengatasi persoalan ini, seorang pejuang dakwah harus selalu menyempurnakan moral spiritualnya.

Untuk mencegah isti’jal yang disebabkan oleh faktor keilmuan, maka setiap pejuang hendaklah membekali diri dengan berbagai ilmu syar’i. Ia harus memahami beberapa persoalan tentang islam dan da’wah Islam.

Langkah praktik yang boleh ditempuh untuk mencegah penyakit isti’jal itu di antaranya adalah dengan senantiasa mengkaji al-Qur’an dan hadits nabi saw, mempelajari sirah nabi dan sejarah kehidupan para ulama’ yang shalih, memperbanyak ibadah untuk mematangkan emosional dan moralnya, dekat kepada ulama’ yang ikhlas.

dipetik dari http://ouisqarnie.blogspot.com

Continue Reading...

Wednesday, December 30, 2009

Apa salahnya berdoa senja hujung tahun?

Oleh Subky Latif,


SEJAK mazhab Syafie tiba ke Malaysia sebelum kedatangan penjajah Portugis pengikutnya beramal, berdoa setiap senja hujung tahun hijrah, mohon bertaubat dan diampun segala dosa sebelumnya atau sepanjang tahun yang lalu.

Selepas saja selesai solat Maghrib yang pertama di awal tahun baru hijrah itu mereka berdoa pula mohon keampunan dan sejahtera kehidupan tahun baru itu.

Berdoa itu memang disuruh tetapi para serjana Islam mutaakhir ini menyebut tiada nas dari Al-Quran dan Sunnah menetapkan doa hujung tahun itu dibuat senja menjelang berakhirnya tahun itu.

Berdoa itu dibenarkan tetapi tidak semesti senja, bila-bila masa saja pada hari terakhir boleh berdoa baik pagi mahu pun petang.

Pandangan baru itu tidak melarang berdoa sebelum masuk Maghrib hari terakhir tetapi jangan ditetap itu saja masanya.

Kalau ia ditetap, ditakuti jadi lain pula hukumnya. Elok doa itu ibadat, takut tidak jadi ibadat lagi. Malah boleh berdosa pula.

Tetapi berdoa senja itu menjadi amalan orang mazhab Syafie di Nusantara. Siapa yang memulakannya? Dan ia tidak ditakwil pula oleh alim ulama sejak sebelum kedatangan Peringgi lagi.

Tentunya ia tidak dicetus oleh orang jahil termasuk pujangga dan para filosof. Tentunya ia disarankan oleh ulama dan sepakat pula ulama hingga ke awal tahun 1900 tidak mentakwil. Sepakat mereka dari semasa ke semasa berdoa sebelum masuk Maghrib.

Adakah mereka tidak tahu tiada nas yang menetapkan begitu? Takkanlah tertutup terus fikiran mereka hingga tiada yang terfikir tiada nas yang menentukan begitu tetapi mereka terus beramal begitu.

Sekarang ia ditakwil. Tetapi tidakkah terfikir para sarjana sekarang untuk menyelidik bagaimana adanya dan mulanya kesepakatan pengikut mazhab Syafie Nusantara beramal begitu?

Kebanyakan ulama besar silam dari Nusantara datang dari dua wilayah iaitu Pattani dan Negeri Banjar. Masyhur hingga ke Mekah sejak dulu lagi. Antara mereka Mekah itu seperti rumah kedua. Bagitu berinteraksi mereka dengan sekalian ulama yang datang bernaung di Mekah.

Hingga sumber hukum bagi ulama Tanah Melayu terletak atas empat asas iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak ulama dan qias.

Tidak bolehkah kita bersangka baik terhadap ulama tua dulu bahawa mereka juga sedar akan tiadanya nas al-Quran dan Sunnah mengenainya? Tetapi tidakkah mereka sudah ijmak tentang doa hujung tahun itu dan masa terbaiknya ialah senja menjelang waktu tertutupnya tahun baru itu?

Bila tiada yang takwil, tidakkah ia tetap dengan kehendak ijmak ulama? Dan apakah sepanjang lima kurun Islam berada di Nusantara, ulamanya tidak mampu berijtihad dan berfatwa? Adakah agaknya ulama silam itu tidak teliti dan tidak berpegang kepada ilmu seperti yang dikehendaki oleh Islam?

Tidak mungkinkah mereka mendirikan pondok-pondok di seluruh alam Melayu termasuk Di Filipina ssebelum kedatangan Sepanyol empat ratus tahun dulu berqias bahawa waktu terbaik berdoa di hujung tahun itu ialah sejurus sebelum tenggelamnya matahari hari terakhir itu?

Kalau sehari suntuk berpuasa itu sejak terbit fajar hingga terbenam matahari. Tidak sempurna puasa juka berbuka sesaat matahari terbenam. Sehingga masuk matahari barulah dikira sehari puasa.

Maka menabahkah diqiaskan genap setahun itu bermula dari masuk Maghrib pertama tahun itu hinggalah masuk Maghrib terakhir di hujung tahun.

Soal bila waktu yang terabik doa itu makbul di hari terakhir itu tidak timbul. Pagikah? Tengash harikah? Atau senjakah?

Yang pentingnya berdoa.

Kita boleh berdoa pagi. Tetapi boleh diqiaskan tahun itu belum penuh dan ada beberapa jam lagi sebelum berakhir. Begitu juga tengah hari, ada enam jam lagi atau waktu Asar ada dua atau tidak jam lagi.

Waktu beberapa jam itu berkemungkin ada lagi tambahan dosa. Satu atau dua jam pun dosa juga. Dan apabila doa itu dibuat pada minit-minit terakhir, maka genap setahun kita bersyukur atas segala nikmat yang diberi, kita bersyukur hingga ke saat yang terakhir dan kita mohon taubat dan minta ampun segala dosa hingga ke minit yang terakhir.

Bukanlah kita tidak berdoa langsung minta keampunan di sebelah pagi dan tengah hari. Kita berdoa juga, tetapi sampai habis tahun kita berdoa juga.

Walaupun apabila masuk saja tahun baru kita mohon taufik, hidayat, syufaat, keampunan dan kesejahteraan untuk sepanjang tahun, tetapi tidaklah memadai dengan sekali berdoa di awal tahun itu kita tidak berdoa lagi. Hingga ke hujung tahun kita tidak puas-puas mahu berdoa lagi.

Bukan Allah tidak faham kita sudah berdoa sebaik saja masuk tahun baru, tetapi Allah suka berdoa lagi dan lagi sehingga habis tahun dan disambung semula di tahun yang akan datang.

Mungkin kita tidak tahu sejarah dan latar belakang doa itu digalakkan pada waktu senja, kerana tidak terjumpa nas tentang ia misti dibuat waktu itu, maka takut berlaku kegelinciran.

Untuk bersangka baik kepada sekalian ulama lama, tentu adalah sandaran dan pegangan mereka menggalakkan berdoa lewat. Sekalipun tidak diketahaui sandaran mereka dari nas yang nyata, tetapi yang jelas mereka sepakat atau ijmak. Majoriti diyakini jujur dengan ilmu dan disiplin ilmunya, mereka juga tentulah teliti dan juga takut kepada Allah dan dosa.

Oleh kerana kerja-kerja mereka tidak sepenuh dicatitkan, tiada rekod bagi dijadikan saksi, tidak seteliti perawi hadis merakamkan hadis, maka buktikan seperti rekod tentang hadis sahih.

Perlu diingat, tetang tiada nas mengenainya adalah ingatan yang baik supaya kita tidak berkata ia dari al-Quran dan Nabi SAW, tetapi supaya terhindar dari memfitnah para ulama, kita boleh beranggapan ada gias dan ijmaknya.

Tidak kita terfikir ada penyelidikan mengenainya?

Sumber: http://www.harakahdaily.net
Continue Reading...

Thursday, December 24, 2009

Air dan misteri yang terungkai













Gambar diatas adalah gambar molekul air yang membentuk kristal hasil kajian seoarang saintis jepun (masaru emoto) yang telah merungkai pelbagai misteri kejadian air.

Kesimpulan dari kajian beliau menunjukkan bahawa:

-air bagaikan suatu makhluk hidup

-air punya banyak bentuk yang unik

-bentuk terbaik ialah yang memiliki 6 segi (heksagonal)

-bentuk terburuk ialah tiada bentuk (rawak)

-air mempunyai memori yg boleh dirakam, alter dan padam

-merakam bunyi, suasana, gambar dll imput

-dll 

untuk rujukan dan bacaan lanjut sila clik http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm

Terungkai misteri

setelah kajian masaru emoto ini terungkailah beberapa misteri berkaitan air yang selama ini menjadi tanda tanya antaranya:

-mengapa orang tua baca yasin bawak air

-mengapa orang doa pada air

-mengapa orang tua kata jgn merungut depan rezeki

-mengapa air zam-zam dan mineral amat mujarab

-mengapa kita sunat berwuduk

-mengapa tuhan jadikan air asas kehidupan

-bagaimana penyakit terjadi dan bagaimana sembuh

-mengapa Islam melarang mengumpat dan melazimi berzikir dan membaca Quran

-dsbgnya

patut la....... semua menjadi jelas dengan kajian tersebut. 















Kita Ibarat Botol Air Mineral Besar

Hampir seluruh tubuh kita diliputi air kerana 60% kandungan tubuh adalah terdiri darinya. Maka semua kajian ini adalah berkaitan secara langsung dengan diri kita. Bagaimana seseorang boleh sakit, sembuh adalah berkaitan dengan bentuk dan fungsi air yang ada dalam tubuh kita. Juga emosi, perasaan dan tindakan turut dipengaruhi unsur besar ini.

Tidak hairanlah mengapa orang sekarang makin pendek umurnya dan makin banyak sakitnya. Serta terjawablah mengapa jiwa orang sekarang adalah mudah rosak berbanding orang terdahulu. Mana tidaknya, dulu sumber air adalah dari perigi, sungai dll sumber asli. Sekarang air paip yang siap sedia klorin pengakis di dalam. Orang dulu hidup tanpa banyak agen perosak, sekarang masuk rumah tengok tv, naik kereta dengar radio, gi kerja surf internet dll. Bukanlah tidak boleh menikmati kemajuan akan tetapi perlu banyak penapis dari banyak unsur2 negatif yang merosak kesihatan. Kesihatan fizikal & mental.

So, kesimpulan mudah yang boleh diambil:

1.tapislah imput anda.

-elakkan musik rock, kasar dan merosakkan

-elakkan selalu mendengar makian dan cemuhan (jangan mengumpat)

-elakkan pandangan kotor dan maksiat

-pilih-pilihlah kawan anda

-pilih-pilihlah makanan dan tempat makan

-dll (pikir sendiri)


2.Tapislah juga output anda

-elakkan mengumpat, mencemuh dan memaki hamun

-guna bahasa yang baik dan lembut

-banyakkan berzikir dan baca Quran

-berbuat baik pada sesama makhluk

-dsbgnya (pikir sendiri)


*senang cerita kembalilah kepada Islam. Buat apa yang Allah suruh, jauh ape yang Allah larang dan ikut sunnah nabi s.a.w.



Continue Reading...

Thursday, December 17, 2009

Selamat tahun baru 1431H

Orang yang lebih baik dari semalam - Bahagia,
Orang yang sama dengan semalam - Terpedaya,
Orang yang lebih teruk dari semalam - Celaka.

Kita dimana?
Continue Reading...

Saturday, November 21, 2009

Sami Yusuf - Asma Allah

Continue Reading...

Friday, November 20, 2009

Ujian dengan nikmat kebahagiaan

Usrah Rasa Hati siaran IKIMFM rabu lepas (18 /11) membincangkan topik ujian dengan nikmat kebahagiaan. Kita seringkali menganggap hanya derita, kesusahan & bencana sebagai ujian daripada Tuhan dan lupa dengan ujian dalam bentuk nikmat kebahagiaan. Kita anggap kebahagiaan yang kita kecapi sebagai nikmat semata-mata, tanpa ada rahsia disebaliknya. Sesungguhnya kita harus ada kayu ukur atau neraca bagi menilai kebahagiaan yang kita kecapi agar ia membawa diri kita lebih dekat kepadaNya...
Renungkan kisah seorang lelaki di zaman Nabi yang asalnya miskin sehinggakan terpaksa bergegas pulang ke rumah setiap kali selepas solat di masjid bagi membolehkan isterinya pula bersolat menggunakan kain yang sama dipakainya. Namun apabila dikurniakan dengan nikmat kesenangan dia jadi lalai..
Semoga kita termasuk di kalangan hamba yang bersyukur... Aameen
Continue Reading...
 

Blogroll

usrah ansar Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template